PENGENALAN
Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah satu pasukan / unit yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Badan ini akan membantu PSS menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencapai matlamat dan objektif PSS.
TUJUAN
Penubuhan Badan Pengawas PSS adalah untuk:-
- Membantu Guru Penyelaras PSS mengemas bilik PSS
- Membantu PSS dalam menguruskan koleksinya.
- Membantu PSS untuk melaksanakan segala aktiviti yang dirancang oleh PSS.
KRITERIA PEMILIHAN PENGAWAS PSS
Guru Penyelaras PSS perlu memilih Pengawas PSS berdasarkan ciri-ciri seperti berikut:-
- Ada minat
- Boleh bekerja
- Berdisiplin
- Bertanggungjawab
- Sanggup bekerjasama
- Adapersonaliti (spt: pakaian dsb)
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI OLEH PENGAWAS PSS
Pengawas PSS perlu mengetahui beberapa perkara tentang PSS. Mereka harus faham tentang bidang tugas dan tanggungjawab mereka dalam menjalankan tugas-tugas di PSS. Antara perkara-perkara yang perlu diketahui adalah:-
A. Peraturan-peraturan Penggunaan PSS
- Bilik/Ruang Bacaan (Perpustakaan)
- Bilik/Ruang Kerja
- Bilik/Ruang Tayangan/Seminar
- Bilik/Ruang Alat Pandang Dengar
- Bilik/Ruang Bahan Bantu Mengajar/Belajar
- Bilik/Ruang Audio-Video
- Bilik/Ruang Komputer, dll.
B. Peraturan-peraturan Pinjaman Bahan / Peralatan PSS
- Buku
- Bahan Bukan Buku
- Peralatan (Hardware)
C. Senarai Tugas Pengawas PSS
- Kebersihan Bilik PSS
- Pinjaman Bahan/Peralatan PSS
- Proses Teknik Bahan PSS – Buku dan Bahan Bukan Buku
- Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bahan PSS
- Kerja-kerja Percetakan, dll.
D. Penyusunan Bahan / Peralatan PSS
- Buku
- Bukan Buku
- Peralatan
E. Kedudukan Ruang-ruang / Bilik-bilik di PSS
F. Lain-lain perkara yang difikirkan sesuai.
SENARAI TUGAS PENGAWAS PSS
A. Mengemas Bilik PSS
- Menyusun perabot
- Menyapukan sampah
- Membersihkan habuk
- Menyusun bahan (buku, bahan bukan buku dan peralatan)
B. Membantu Dalam Aktiviti Proses Teknik
- Menampal poket buku, slip tarikh pulang, label dan mengisi butiran pada kad buku (untuk buku sahaja)
- Menampal label dan mengisi butiran (untuk bukan buku sahaja)
C. Membantu Membawa Pelajar ke Bilik PSS
- Beratur dalam barisan
- Tidak mengganggu orang lain, dsb.
D. Membantu Dalam Urusan Pinjaman dan Pemulangan Bahan PSS
- Menyemak buku-buku semasa pinjaman dan pemulangan
- Mengecop/menulis tarikh pada slip tarikh pulang
- Memasukkan kad buku ke dalam poket buku
- Menyusun buku-buku dan bahan-bahan lain di rak-rak berkenaan
- Membantu merekodkan data statistik pinjaman buku dan bukan buku serta peralatan
- Menerima dan merekodkan bayaran denda jika lewat memulangkan buku.
E. Mengawas Bilik PSS
- Waktu Pagi (sebelum sekolah bermula)
- Waktu Rehat
- Waktu Petang
- Lain-lain waktu yang difikirkan sesuai
F. Membantu Dalam Aktiviti Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bahan PSS
- Menampal kulit buku
- Menampal mukasuratyang koyak / rosak
- Menjilid buku-buku dan bahan bukan buku, dsb.
G. Membantu Guru-guru Menjalankan Aktiviti-aktiviti PSS
H. Membantu / Membimbing Pelajar-pelajar lain:
- Mencari buku
- Mendapatkan bahan bukan buku
CADANGAN PERLANTIKAN PENGAWAS PSS
Ketua Pengawas : Pelajar Tingkatan 5 / 6
Penolong Ketua Pengawas : Pelajar Tingkatan 4 / 6
Pegawas-pengawas lain boleh dipilih dalam kalangan pelajar-pelajar lain.
- Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 / 6 (Sekoklah Menengah)
- Bilangan Pengawas PSS adalah mengikut keperluan PSS berkenaan
LAIN-LAIN YANG BERKAITAN DENGAN PENGAWAS PSS
- Pemilihan Pengawas PSS hendaklah dibuat pada hujung tahun bukan awal tahun.
- Adakan Pakaian Seragam untuk Pengawas PSS.
- Pastikan Pengawas PSS diberi ‘name tag’ dan tali leher.
- Diberi sijil penghargaan kepada Pengawas PSS pada setiap tahun sebagai pengiktirafan kepada sumbangan mereka.